Suami ada kewajipan dan tuntutan keatas isteri dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, Jika gagal dalam menunaikan kewajipan masing-masing maka kedudukannya berdosa. Oleh yang demikian, bermodalkan takut dan cintakan Tuhan atau iman dan taqwa, suami isteri hendaklah semaksima mungkin, seberapa sempurna yang mengkin, sebaik mungkin melunaskan segala tanggung-jawab. Bukan boleh sambil lewa atau acuh tak acuh kerana Allah akan persoalkan di akhirat kelak.
Sebagai sifatnya manusia yang serba lemah dan dhaif, maka sudah pasti tidak dapat lari dari lupa, lalai, banyak salah dan silap. Di dunia ini ada syariat dan undang2 yang mengatur kehidupan keluarga. Terhadap sebarang bentuk terabainya kewajipan, ada keharusan untuk menuntut hak dihadapan kadhi atau hakim. Manakala di Mahkamah Qadhi Rabbul Jalil di akhirat kelak pun sama juga, bahkan lebih dahsyat lagi. Kalau begitu, samada didunia mahu pun di akhirat tiada siapa diantara suami isteri yang dapat melepaskan diri. Atau kalau di dunia boleh bebas, namun disisi Allah sudah pasti tersangkut juga.
Tuhan Maha Penyayang, Tuhan juga maha mengetahui akan kelemahan makhluk ciptaanNya. Tuhan datangkan ajaran Islam yang amat sempurna. Dalam apa masalah pun pasti ada jalan keluar, pasti ada jalan penyelesaian. Hanya kita saja yang kurang mengambil manfaat dari Ajaran Tuhan itu. Caranya ialah melalui toleransi dan redha meredhai. Syaratnya masing2 berusaha sedaya upaya, sedapat mungkin penuhi segala kewajipan dan tanggung-jawab. Dalam berusaha untuk berbuat yang terbaik, jika terjadi juga salah dan silap, terjadi juga cacat cela, terjadi juga kecuaian, maka maafkan saja, atau lupakan saja. Terimalah seadanya.
Melalui cara toleransi dan redhai meredhai maka selesailah ‘hutang piutang’ antara suami isteri tersebut. Hanya perlu pula difahami bahawa toleransi dan redha meredhai itu tidak boleh di paksakan. Ianya mestilah dalam keadaan setelah masing-masing memecut untuk sempurnakan kewajipan, disitu terdapat cacat cela. Cuba kita insafi, tentulah seorang suami tidak mahu isterinya terjunam ke dalam neraka, dan begitulah sebaliknya. Kalau begitu, maka sama-sama saling membantu, saling selamat dan menyelamatkan. Kalau ini berlaku, sudah pasti Tuhan yang Maha Pengampun dan Pemaaf akan mengampuni dan memaafkan hambaNya.
Disnilah indahnya ajaran Islam apabila di praktikan dalam kehidupan berumah tangga.
Inilah jalan, panduan dan penyelesaian mudah daripada berlakunya krisis rumahtangga. Malangnya cara yang begini mudah, sudah tidak dipakai lagi. Masing-masing ego, sombong dan mementingkan diri sendiri. Sebab itu dizaman ini, terlalu banyak kes suami isteri menuntut hak. Yang terbaik ialah mengorbankan hak. Barulah rumahtangga menjadi Syurga di dunia. Terlalu menuntut hak atau mempertahankan hak dalam rumahtangga umpama sebuah kereta datang dari arah yang bertentangan. Kereta tersebut sedang memasuki line kita. Kereta tersebut memanglah melakukan kesalahan. Kita pula oleh kerana ego dan mementingkan diri, maka kita mempertahankan hak kita dengan berkata, ‘Aku tak peduli, ini line aku.’ Berlakulah eksiden. Setelah berlaku eksiden, kereta berkecai, akibatnya ditanggung bersama, bukan lagi soal siapa betul siapa salah. Sedangkan kita boleh memilih jalan selamat dengan bertolak ansur. Indahnya hidup bertuhan dengan ajaran Islam.
Anda pengguna Handphone??
-
'JIKA ANDA MENGGUNAKAN TELEFON & INTERNET TANPA MEMPEROLEHI APA-APA
PULANGAN, ANDA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG YANG RUGI...'
PLATINUM-Z TELECOMMUNICATIO...
15 years ago
No comments:
Post a Comment