Tuesday, December 2, 2008

Mengapa Sukar Orgasme?

Mengapa sukar orgasme merupakan satu perkara yang sering diperkatakan apabila kita membicarakan tentang seks. Namun berapa ramai antara kita yang benar-benar dapat mengakui bahawa mereka sering dapat mencapai orgasme apabila berhubungan intim. Bukan itu sahaja, apakah kita benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan orgasme itu sendiri?

Sebab itu, perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah apakah yang anda harapkan dan bayangkan mengenai seks. Apabila yang dicari adalah kepuasan dan kenikmatan, maka itu dapatlah diertikan sebagai orgasme.

Ejakulasi pada wanita merupakan satu fenomena yang tidak semestinya terjadi pada semua wanita. Sebenarnya maksud ejakulasi bagi wanita itu sendiri masih belum jelas. Sebab itu janganlah anda menganggap bahawa ejakulasi sebagai tanda khas orgasme bagi wanita se-bagaimana lelaki.

Orgasme bagi wanita adalah kepuasan dan kenikmatan yang timbul ketika berhubungan intim, sebagai puncak atau fasa ketiga daripada tindak balas seksual di mana terjadi kontraksi otot-otot sekitar vagina dan pelvik yang kemudiannya tersebar ke seluruh tubuh.

Respon seksual seseorang biasanya mencakupi empat fasa. Pertama, fasa perangsangan, kedua adalah fasa 'plateaui (peningkatan rangsangan) yang diikuti dengan fasa ketiga, iaitu orgasme. Fasa keempat pula ialah resolusi di mana tubuh memerlukan masa untuk kembali pada keadaan normal.

Dalam mencapai orgasme, rangsangan fizikal yang diikuti dengan aspek 'psikiki atau kejiwaan adalah sangat penting. Seks tidak akan dapat memberikan kenikmatan dan kepuasan jika hanya melibatkan aspek fizikal semata-mata.

Orgasme bermakna tercapainya fasa ketiga daripada tindak balas seksual seorang wanita. Pencapaian orgasme adalah amat bergantung pada perasaan anda dan perasaan pasangan anda ketika itu. Contohnya, apabila anda tidak mahu melakukan hubungan intim tetapi terpaksa berbuat demikian, tentu sahaja kepuasan dan kenikmatan itu sukar dicapai.

Secara amnya, orgasme dapat dicapai oleh semua wanita. Namun hakikatnya, ada yang mudah mendapatnya, ada yang agak sukar, dan tidak mustahil ada yang belum pernah merasakannya. Wanita yang sulit atau belum pernah mengalami orgasme tidak boleh dikatakan sebagai wanita yang abnormal.

Kesulitan mencapai orgasme mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti adanya konflik mental, lesbian, atau pandangan-pandangan tertentu. Sesetengah orang berpendapat bahawa seks bagi wanita hanya berfungsi sebagai reproduksi, atau menganggap orgasme bagi wanita bukanlah satu perkara yang penting.

Seolah-olah orgasme itu hanya milik orang lelaki. Mereka yang berfikiran seperti ini biasanya sukar mencapai orgasme. Rangsangan (foreplay) juga berperanan dalam mencipta orgasme. Beberapa orang pakar dalam bidang seksual berpendapat bahawa 92 peratus wanita akan mencapai orgasme apabila rangsangan berlangsung selama 21 minit atau ebih. Perkataan lain yang menentukan terjadinya orgasme adalah berapa lama hubungan intim berlansung. Apabila hubungan intim berjalan terlalu singkat, maka kesempatan untuk terjadinya orgasme turut berkurangan. Wanita memang perlu 'belajari untuk memperoleh orgasme. Ada wanita yang dapat mencapai orgasme melalui rangsangan vagina, ada yang melalui rangsangan klitoris, atau ada juga melalui khayalan.

Sebab itu wanita perlu terlebih dahulu belajar untuk mengenali dirinya sendiri dan tindak balas- tindak balas seksualnya. Jangan tergesa-gesa kerana proses belajar memang memerlukan masa dan kesempatan yang secukupnya.

Pada zaman dahulu banyak yang beranggapan bahawa orgasme pada wanita hanya dapat dicapai melalui hubungan seksual (vagina). Mereka yang tidak dapat mencapai orgasme melalui hubungan seksual dianggap abnormal. Namun kini setelah pelbagai kajian dilakukan, didapati bahawa orgasme juga dapat dicapai melalui rangsangan klitoris dan juga satu titik (tidak semestinya dimiliki oleh semua wanita) yang dinamakan G-spot. Orgasme akan dapat dipertingkatkan dengan melakukan rangsangan pada titik ini. Jika suami anda berperilaku normal dalam hal-hal seks, anda patut bersyukur tentang ini. Namun perilaku normal bukan bererti telah cukup pengetahuan untuk membawa anda menikmati kepuasan seks. Selain mempelajari tindak balas seksual anda sendiri, anda juga sepatutnya mengajak suami untuk mempelajari tindak balas seks dirinya dan juga anda. Dengan itu anda berdua dapat menggunakannya untuk mencapai kepuasan bersama.

Dengan pengetahuan yang ada, anda hanya perlu bersabar sambil terus mencuba. Cubalah mengamalkan sikap yang lebih tenang tanpa memaksa diri mencapai kenikmatan dan kepuasan yang disebut sebagai orgasme. Orgasme akan datang apabila anda 'membawa' seluruh fikiran dan aspek lairiah anda ke dalam hubungan seksual. Jika tetap tidak berjaya cuba dapatkan nasihat psikiatri kerana tidak mustahil anda menderita apa yang dinamakan sebagai anorgasmi, iaitu tidak dapat mencapai orgasme kerana pelbagai halangan, terutama adanya fikiran serta pengalaman lalu yang mengganggu.

--http://kenikmatan-seksual.blogspot.com/2008/10/mengapa-sukar-orgasme.html

No comments: